Saturday, December 12, 2009

apakah ia

Sungguh besar kuasa Allah
Benarlah bahawa ujian yang diturunkan adalah mengikut kemampuan setiap hamba-Nya
Manusia tidak akan sentiasa duduk di atas
Tidak juga terus duduk di bawah
Tidak boleh hanya berserah semata
Sebelum tawakal dipinta
Usaha ikhtiar seorang hamba

Redha itu bagi hati yang mulus
Setelah segala ketentuan diterima
Setelah usai sebarang usaha, tawakal dan berserah
Apabila hari ini hati menjadi begitu gundah
Akal terpempan
Jasad kaku
Ujian datang

Masa itu tiba jua
Masa itu tiba sudah
Masa itu terus berlalu
Tanpa menunggu hati yang sendu
Adakah masa itu penawar duka?
Penyembuh lara?
Masa itu hanyalah masa
Yang lepas, kini, yang mendatang
Tidak berganjak walau sesaat
Tidak terhenti
Hanya dengan kuasa Yang Maha Esa

Wahai jiwa yang sedang berduka terluka
Apa jua alasanmu
Itu hanya ketetapan
Belajar menerima itu benteng yang kukuh
Menerima lalu memahami
Berdiri
Serulah jiwa yang berduka terluka itu
Bersama seruan ALLAHU AKBAR!!!
Seiring dengan panggilan duniawi

Hidup mesti diteruskan dengan baik……
Setiap kejadian punya hikmah
Sama ada pantas mahupun lewat
Sama ada kecil mahupun besar

No comments:

Post a Comment