Saturday, November 24, 2012

Muzzy - Hingga Akhir Nafasku with lyrics

lagu ni liriknya memang tepat untuk seseorang yg amat aku sayang semoga hingga akhir nafasku lagu ni video ni comel just hayati lagu n video ni =)

Friday, November 23, 2012

mekarlah selalu

orang kata
biasanya tiga bulan pertama
apa pun yang baru kita tempuh
selalunya saat paling indah

misalnya
tiga bulan pertama
masuk universiti
tiap-tiap hari buat nota
siap segala bagai bahan kuliah
cepat2 siapkan tugasan
asik2 jumpa pensyarah
tak dapat jumpa, hantar emel

misalan lain
tiga bulan pertama
mula kerja
terutama kerja tetap dan memang kerja idaman
semangat!
punch card tak pernah merah
kerja sentiasa siap dengan kadar segera
asik nak belajar itu ini
sibuk tanya senior bidang tugas
kecut perut nak tunjuk proposal kat bos
tapi dlm hati nak sangat mengadap orang tua tu
sebab nak tunjuk bakat orang baru

kemudian
tiga bulan pertama
berkenalan dengan seseorang
bangun tidur je "selamat pagi"
bila nak makan "jom makan sama"
bila nak buang air "pergi toilet sekejap"
bila nak solat "jom jemaah"
bila nak minum petang "nak minum sekejap, ada masa nanti kita minum sama"
bila nak tidur "selamat malam, mimpi indah"
segalanya nak dikongsi
perkenalan baru la katakan

seterusnya
tiga bulan pertama
perkahwinan
hot!
orang kata
indah!
orang kata
segalanya baik!
orang kata

apabila kita bersama-sama dengan orang yang sedang melalui tiga bulan pertama
kita akan melihat
kita akan terdengar
kita akan dapat merasa
setiap yang kita
lihat, dengar dan rasa
pengalaman kita tidak sama
adaptasi penulisan ini
antara kisah nyata
dan
orang kata

selamat melihat
selamat mendengar
selamat merasa

Sunday, May 29, 2011

masih

peliknya
aku masih marah
masih tak suka
masih tak mahu dengar
masih tak mahu lihat

peliknya
aku masih tak mahu lepaskan
masih juga berharap
masih juga inginkan

apa yg tak pelik
aku masih pegang pd janji
masih tak mungkir
masih spt dulu

Saturday, April 30, 2011

debaran

masih ingat sebulan yg lepas
berdebar-debar nk menemuinya
benar!
lega....sgt bila dpt tgk mukanya
berdepan realiti

masih berdebar nk menemuinya lagi
sentiasa harap dpt tatap mukanya selalu
sentiasa bayangkan dia di sisi
sentiasa anggap dia bersama-sama sy tak kira waktu

tahu akan berdebar lagi
apabila masanya tiba

Tuesday, March 15, 2011

apabila sEbenarnya

adakah sebenarnya begitu baginya????

tiap bait bicara yg terzahir
tiada lg terusan yg indah
usahkan cantik, menarik, tertarik.....
yg terlakar kembali itu
hanya sekadar lakaran

perginya
pergilah
usah kembali
lebih baik

bila marah

1) apa pun boleh jadi
2) maka, tiada keputusan yg boleh dianggap betul
3) sekalipun terasa betul, fikirlah semula bila kemarahan sudah reda
4) istighfarlah byk2
5) cari ketenangan
6) ada baiknya, tak terlalu memikirkan perkara yg jd punca kemarahan
7) fikirkan bila rasa diri sudah tenang
8) fitrahnya kejadian manusia dgn anugerah pelbagai rasa hati
9) salurkanlah rasa marah itu ke arah yg positif. cthnya bersukan
10) muhasabah diri

***hanya pandangan secara peribadi...renung2kan jika baik utk diterima

Wednesday, February 9, 2011

semakin sayang semakin sukar

serasa mahu meledak segalanya
atas segalanya
yang berlaku segalanya
segalanya kekal segalanya

sayang rasanya
sukar rasanya
sukar dan sayang
permulaan yg sukar
bertukar sayang
kembali menjadi sukar
dlm perbezaan

benar
cukup kamu gembira
biar kamu bahagia
sekadar mahu kamu
rasa kamu lapang

pada hati yg terbelah
pada derai air mata
yg gugur dlm hati
diamlah diam sahaja

telah ada detik
jauh di sudut jiwa
kian getar
menggugat rasa
rasa syg itu
antara percaya dgn tidak

tentunya yg paling perit
sepanjang perjalanan berlalu

menyayangi kamu
istimewa sekali
biar dlm relung hati
ada calar yg menjalar
yang mencarik