Tuesday, December 29, 2009

my dear sister n me




aku kangan bangat sih sama kamu!

Wednesday, December 23, 2009

seutas tali

Tali itu pendek
Maka panjangkanlah ia dengan ikatan tali yang lain
Yali itu keras
Maka lenturkanlah ia dengan sungguh teliti
Tali itu kasar
Maka perhalusinya dengan sulaman yang indah
Tali itu longgar
Maka perketat ikatannya dengan simpulan yang kukuh
Tali itu rapuh
Maka peliharalah ia dengan penuh berhati-hati

Tali itu adalah ukhwah
Ukhwah itu meluaskan pengaruh perhubungan
Ukhwah itu melembutkan hati yang keras
Ukhwah itu mendamaikan mata yang memandang
Ukhwah itu mengentalkan jiwa yang rapuh
Ukhwah itu menyemarak semangat perjuangan
Ukhwah itu mewujudkan perasaan menghargai
Ukhwah itu perantaraan rasa kasih dan sayang

dan sesungguhnya...
Ukhwah itu indah andai bertemu dan berpisah kerana Allah
Hidupku dan matiku hanya untuk-Mu Ya Rabbul Izzati

Sunday, December 20, 2009

salam mawaddah warahmah

"salam kasih dan sayang"

21 dis 2009_15:53_1188a8adela

bangkit si hati
subuh yang hadir
deru angin
kokokan ayam
sepi

sayu jiwa
kerdil terasa
semuanya tiba
teragut hamparan bahagia
seketika

semua ini milik Yang Esa
Tuhan Yang Maha Kuasa
Maha Kaya
ku hanya mahu terima semuanya
selapang dada

apa yang tersirat
daripada yang terbentang pada tubir mata
sirna deraian bicara sang hati

apakah?

assalamualaikum..........salam yang penuh kemuliaan

20 disember 2009_21:37_a1188b8adela

skrg ni tak dapatla nk gambar perasaan sendiri! semoga Allah beri pd hamba-Nya ini kekuatan utk menempuh apa jua yg datang.

ermmm, cuti pun nak habis. next week balikla uum. tempat aku menuntut ilmu. bukan setakat ilmu kaunseling...tp sebenarnya, ilmu sbuah kehidupan. ilmu ni takkan habis dituntut kerana ilmu itu umpama seluas lautan.

selagi nyawa dipinjmkan Allah pd aku....aku mahu redha dgn setiap ketentuan-Nya. aku mahu. aku ingin. aku berhasrat.

life must go on! cekja_csofwa2!

aku sayang kamu (kamu tahu siapa aku maksudkan). aku tak mahu terlepas lagi kali ini. aku tak mahu kciciran lagi. tak salah utk aku nyatakan apa yg aku rasakan. hidup mesti berani utk nyatakan 'aku'.

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

ko mohon maaf atas sgl khilaf
slmt menyambut tahun baru hijrah
semoga peristiwa lepas memberi pengajaran buat kita
menjadi garis penduan utk menempuh tahun baru
insyaALLAH

Saturday, December 12, 2009

apakah ia

Sungguh besar kuasa Allah
Benarlah bahawa ujian yang diturunkan adalah mengikut kemampuan setiap hamba-Nya
Manusia tidak akan sentiasa duduk di atas
Tidak juga terus duduk di bawah
Tidak boleh hanya berserah semata
Sebelum tawakal dipinta
Usaha ikhtiar seorang hamba

Redha itu bagi hati yang mulus
Setelah segala ketentuan diterima
Setelah usai sebarang usaha, tawakal dan berserah
Apabila hari ini hati menjadi begitu gundah
Akal terpempan
Jasad kaku
Ujian datang

Masa itu tiba jua
Masa itu tiba sudah
Masa itu terus berlalu
Tanpa menunggu hati yang sendu
Adakah masa itu penawar duka?
Penyembuh lara?
Masa itu hanyalah masa
Yang lepas, kini, yang mendatang
Tidak berganjak walau sesaat
Tidak terhenti
Hanya dengan kuasa Yang Maha Esa

Wahai jiwa yang sedang berduka terluka
Apa jua alasanmu
Itu hanya ketetapan
Belajar menerima itu benteng yang kukuh
Menerima lalu memahami
Berdiri
Serulah jiwa yang berduka terluka itu
Bersama seruan ALLAHU AKBAR!!!
Seiring dengan panggilan duniawi

Hidup mesti diteruskan dengan baik……
Setiap kejadian punya hikmah
Sama ada pantas mahupun lewat
Sama ada kecil mahupun besar