Friday, November 23, 2012

mekarlah selalu

orang kata
biasanya tiga bulan pertama
apa pun yang baru kita tempuh
selalunya saat paling indah

misalnya
tiga bulan pertama
masuk universiti
tiap-tiap hari buat nota
siap segala bagai bahan kuliah
cepat2 siapkan tugasan
asik2 jumpa pensyarah
tak dapat jumpa, hantar emel

misalan lain
tiga bulan pertama
mula kerja
terutama kerja tetap dan memang kerja idaman
semangat!
punch card tak pernah merah
kerja sentiasa siap dengan kadar segera
asik nak belajar itu ini
sibuk tanya senior bidang tugas
kecut perut nak tunjuk proposal kat bos
tapi dlm hati nak sangat mengadap orang tua tu
sebab nak tunjuk bakat orang baru

kemudian
tiga bulan pertama
berkenalan dengan seseorang
bangun tidur je "selamat pagi"
bila nak makan "jom makan sama"
bila nak buang air "pergi toilet sekejap"
bila nak solat "jom jemaah"
bila nak minum petang "nak minum sekejap, ada masa nanti kita minum sama"
bila nak tidur "selamat malam, mimpi indah"
segalanya nak dikongsi
perkenalan baru la katakan

seterusnya
tiga bulan pertama
perkahwinan
hot!
orang kata
indah!
orang kata
segalanya baik!
orang kata

apabila kita bersama-sama dengan orang yang sedang melalui tiga bulan pertama
kita akan melihat
kita akan terdengar
kita akan dapat merasa
setiap yang kita
lihat, dengar dan rasa
pengalaman kita tidak sama
adaptasi penulisan ini
antara kisah nyata
dan
orang kata

selamat melihat
selamat mendengar
selamat merasa

No comments:

Post a Comment